Saturday, October 29, 2011

Contoh borang pelaporan standard prestasi SJKC Kwang Hwa, Sg. Nibong

Berikut ialah contoh borang pelaporan standard prestasi BM yang dibuat untuk Tahun 1.

* borang ini sebagai rujukan sahaja dan sekolah cikgu boleh menggunakan format atau cara yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Sila click borang pelaporan standard prestasi untuk muat turun.

Friday, October 21, 2011

Kursus KSSR BM Tahun 2

Akhirnya, keempat-empat kohort Kursus KSSR BM Tahun 2 telah tamat. Saya berharap semua cikgu dapat menerima maklumat yang disampaikan dan menyebarkan maklumat kepada cikgu-cikgu di sekolah masing-masing.
Penerangan Dokumen Standard Prestasi

Aktiviti Didik Hibur

Penerangan Dokumen Standard Kurikulum

Barisan JU BM Tahun 2

Keadaan semasa kursus dijalankan. Guru-guru diminta berdiri untuk menjalankan aktiviti didik hibur

Kepada cikgu-cikgu yang telah menghadiri kursus, sila lengkapkan laporan kursus dalaman dan hantar kepada En. Kamarozaman Hj Ahmad, Unit Akademik JPNPP selepas menjalankan kursus dalaman di sekolah. 

Tuesday, October 18, 2011

KEM LINUS

PPDTL Pulau Pinang telah menganjurkan Kem LINUS di sekolah saya. Saya berasa bangga kerana dapat menjadi salah seorang urusetia untuk menjayakan program ini. 

Kem LINUS 
Tarikh   : 12 -- 13 Oktober 2011
Masa    : 8pagi hingga 5 petang 
Tempat : Dewan SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong

Saya memperolehi banyak pengetahuan dalam Kem LINUS ini terutamanya cara untuk mengajar murid-murid yang ada masalah pembelajaran. Selain itu, saya juga didedahkan dengan banyak kaedah dan teknik pengajaran yang dapat menyeronokan murid-murid.  

 
Pameran LINUS 
Membentuk huruf dengan kertas A4 
Pegawai-pegawai melawat pameran LINUS 
Aktiviti Kumpulan

Senamrobik

Aktiviti bermain sambil belajar

Station games

Station games

Ceramah untuk ibu bapa / penjaga 

Station games

Station games

Aktiviti Kumpulan

Station games

Monday, October 17, 2011

Aktiviti yang dijalankan sebelum kelas bermula setiap hari

Aktiviti yang dilakukan sebelum kelas bermula. Kami telah mengumpul semua murid di tapak perhimpunan dan mengadakan aktiviti belajar sambil bermain bersama-sama murid Tahun 1. Aktviti ini telah mendapat sokongan yang sepenuhnya dari pihak sekolah dan ibu bapa.

Tujuan aktiviti ini:
1. supaya murid tidak membazir masa setiap hari sementara menunggu kelas bermula.
2. supaya dapat menarik minat murid bangsa cina untuk belajar BM.
3. supaya murid dapat melepasi saringan LINUS.
4. supaya murid dapat belajar sekurang-kurangnya 5 perkataan, frasa atau ayat setiap hari.

Dokumen Standard BM Tahun 2 (SJK) dan Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2

Kepada cikgu-cikgu yang ingin muat turun Dokumen Standard BM Tahun 2 dan Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2 sila "Click" perkataan berwarna jingga di bawah kemudian ---file---download original file

Dokumen Standard BM Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2


*Kami tidak menggalakkan cikgu-cikgu muat turun atau guna instrumen dari sekolah-sekolah lain. Konsep ini telah menjadi penilaian sumatif. PBS berdasarkan standard prestasi hendaklah dijalankan sepanjang pnp. Instrumen yang dibina bergantung pada apa yang hendak dinilai dan mengikut tahap murid. Satu evidens boleh ditaksir lebih daripada sekali dengan instrumen yang lain.

Wednesday, October 12, 2011

Cara yang menarik untuk menarik perhatian murid


FasiLINUS sedang menunjukkan cara mencucuk sebatang besi ke dalam belon tanpa memecahkan belon. 
Aktiviti ini sesuai dijalankan sebelum kelas bermula sebagai set induksi. Aktiviti ini juga boleh dikaitkan dengan konsep sains.

Batang besi BBQ ini telah disalut dengan minyak. Minyak telah mewujudkan satu lapisan untuk mengelakkan belon pecah.

Tuesday, October 11, 2011

Standard Prestasi BM SJKC Tahun 2

Berikut ialah Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 2

*diingatkan bahawa cikgu-cikgu tidak dibernarkan menukar atau mengedit sebarang maklumat dalam dokumen ini. Untuk muat turun atau rujuk, sila click

Sunday, October 9, 2011

KURSUS DALAMAN SJK (C) KWANG HWA

Sebagai Jurulatih Utama (JU) KSSR BM Tahun 2, saya bertanggungjawab untuk mengadakan kursus dalaman untuk semua guru di sekolah saya. Kursus Dalaman Sekolah saya telah diadakan seperti berikut: Tarikh : 8-10-2011 Masa : 8:00 pagi hingga 3:30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SJK (C) Kwang Hwa SLOT 1: PENDEDAHAN KSSR BM TAHUN 2 SLOT 2: ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) SLOT 3: PBS (PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH) SLOT 4: FORMAT PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SLOT 5: SESI SOAL JAWAB

Hasil Kerja Murid yang baik

Untuk menarik minat murid dan menjadikan P&P tidak membosankan, saya selalu menggalakkan murid untuk membuat kerja dengan kemas dan menghiasi buku rampaian mereka dengan berwarna-warni...

Sunday, September 25, 2011

SOALAN YANG ASYIK DITANYA: MENGAPAKAH KAMU HENDAK MENJADI SEORANG GURU??

Semalam berbual dengan seorang saudara yang hadir bersama di majlis hari jadi adik sepupu, perbualan yang berkisahkan soalan yang saya ingin tanya akhirnya bertukar menjadi perbualan kami sepanjang malam. Sesungguhnya beliau amat saya hormati dan segani, kerana beliau merupakan seorang pensyarah di USM dan giat dalam pelbagai aktiviti amal. Apabila beliau bertanya saya soalan yang selalu ditanya “Mengapakah kamu hendak menjadi seorang guru?” saya tergamam dan terdiam sebentar dan apabila cetusan untuk menulis di laman ini tentang sebab saya menjadi guru saya menjadi teragak-agak. Saya tidak pernah berkongsi dalam bentuk tulisan dengan sesiapapun sebab saya menjadi seorang guru kerana saya merasakan kemungkinan besar saya akan disalah erti dan mungkin akan merosak niat saya. Namun, setelah Berjaya menyakinkan saya, semoga tulisan-tulisan ini penuh manfaat sebagai sesuatu perkongsian dan pengalaman. Sejak kecil, saya tidak pernah pun terfikir untuk menjadi seorang guru, apalagi menjadikannya sebagai cita-cita. Dalam fikiran saya pada zaman kecil saya, guru sangat garang dan asyik suruh murid buat kerja yang membosankan sahaja. Semasa di sekolah rendah, saya tidak pandai berbahasa melayu. Saya hanya boleh membaca dan menulis karangan yang pendek apalagi bertutur dalam bahasa ini. Tetapi, apabila keputusan UPSR diumumkan, saya menjadi teramat gembira kerana mendapat A untuk subjek Bahasa Melayu saya. Saya tidak penah mendapat A dalam mata pelajaran ini, sekali dapat gembira sangat. Terlampau gembira menjadi satu dorongan kepada saya untuk bertutur dalam bahasa melayu. Saya cuba untuk bertutur dalam bahasa melayu dengan seorang kawan berbangsa Melayu tetapi belajar di Sekolah Menengah yang berasaskan bahasa cina ketika itu. Tetapi setelah beberapa minit “ Miza, itu…ah..” yang keluar dari mulut, akhirnya dia berkata, “Eh, Yee San, saya boleh faham bahasa cina!” Saya terus terdiam. Hati saya telah luluh, tapi kebenaran yang disebut itu memanng pedih, namun saya terima. Suatu hari, telefon bimbit nokia 3210 milik abang saya berbunyi. Setelah saya serahkan kepadanya, saya terpacak tegak berdiri tegak apabila saya terdengar dia berbual dalam bahasa melayu. Ketika itu saya berkata dalam diri saya, “dia abang saya, saya adiknya, dia darah daging saya, saya darah dagingnya, kenapa dia boleh saya tak boleh?” Sejak hari itu, saya bertekad untuk menguasai bahasa ini, bagaimanapun caranya. Meski ada bantuan daripada guru semasa di sekolah menengah. Namun, saya tidak hanya bergantung kepada guru saya. Saya mengambil buku rujukan dari perpustakaan dan belajar sendiri dari kosong. Namun, saya tidak berpuas hati, saya sertai pertandingan syarahan dan pelbagai aktiviti berkaitan dengan bahasa ini dengan galakkan guru dan ibu bapa. Dalam proses saya cuba untuk membangunkan potensi diri saya, saya sedari bahawa ramai anak bangsa cina saya yang ketinggalan dalam bahasa ini tetapi mahir dan mantap dalam semua pelajaran. Ketika itu, saya telahpun buat keputusan untuk menjadi seorang guru. Sejak hari itu, matlamat saya jelas dan perjalanan saya hanya menuju ke arah itu. Bagi saya, peranan sebagai seorang guru amat penting dan amanah. Tugas guru bukan sekadar masuk kelas dan mengajar ilmu kering sedangkan hati murid-murid yang kecil ini ibarat sehelai kain putih. Saya percaya bahawa sekecil bakti guru boleh menjadi besar bagi mereka. Sekecil teguran guru boleh menjadi satu panduan agung kepada mereka. Namun, apabila mereka melihat guru yang berlonggaran daripada apa yang terbit dari mulut dan perbuatan, perkara itu akan dianggap remeh dan bermain-main. Semoga tulisan ini menjadi satu perkongsian, pengalaman dan juga jawapan kepada mereka yang bertanya soalan yang sama. Apa yang saya kongsikan hanya apa yang saya rasakan dan apa yang tersasar itu adalah kerana kelemahan dan kelalaian saya.